Ahad, 27 Disember 2009

Keputusan PMR 2009- SMK JALAN 4 @ JESS

"KUALA LUMPUR 24 Dis. - Lapan negeri mencatatkan peningkatan peratus calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan hari ini berbanding tahun lalu.
Negeri tersebut ialah Kuala Lumpur, Selangor, Perlis, Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Di Kuala Lumpur, seramai 1,939 calon PMR memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil dan peningkatan yang dicatatkan ialah 150 calon atau 0.47 peratus berbanding tahun lepas.
Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Sulaiman Wak berkata, daripada jumlah calon yang memperoleh semua A berkenaan seramai 70 calon mendapat 9A, 1,215 (8A) dan 654 (7A).
Sementara itu sekolah yang memperoleh pencapaian terbaik PMR di Kuala Lumpur adalah Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Lumpur untuk kategori sekolah berasrama penuh sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki mencatatkan pencapaian terbaik bagi kategori sekolah harian.
Selangor turut mencatatkan peningkatan daripada segi jumlah pelajar yang mendapat semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil dengan 8.81 peratus atau 6,592 pelajar daripada 74,855 calon yang menduduki PMR mendapat kesemua A.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi di Selangor muncul sekolah harian keseluruhan terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.
Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Zahri Aziz berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding tahun lalu hanya 6,005 pelajar memperoleh keputusan yang sama.
Malah katanya, purata pencapaian pelajar yang dikategorikan dalam gred purata skor (GPS) termasuk keputusan lulus dengan minimum gred D berada pada paras 2.63 berbanding keputusan tahun lalu sebanyak 2.68 iaitu peningkatan sebanyak 0.05."

TAHNIAH PELAJAR2 TINGKATAN 3 2009....cmne ng SPM 2009??tggu.....

Tiada ulasan:

kenangan 2009

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers